0

Sapphire To Be A Tuned-Up Prevé!


At the end of the Prevé launch yesterday, 16 April 2012, at the Mines International Exhibition and Convention Centre, Proton also unveiled a special version of the new Prevé. But this version is not available for sale…
Yet
.
As the VVIPs were leaving the convention centre, they stopped at the lobby entrance to pull off the covers to this special vehicle. Members of the press and the general public were surprised to see a different, more aggressive version of the Prevé with the word “Sapphire” on its number plates.

Prime Minister Dato Seri Mohd Najib Tun Razak, International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed, Proton Group Managing Director Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir and Proton Adviser Tun Dr Mahathir Mohamad each giving a thumbs up after lifting off the covers to the Proton Preve Sapphire.
The Prevé Sapphire is said to be a showcase of what Proton Engineers can do to the new car. Painted in a unique Gun Metal Grey treated to a matte finish, the Sapphire has a few panels that features a more sportier look.

The redesigned front bumper.

The Sapphire has side skirts and rear bumper lip.
The redesigned front bumper is more aggressive with well defined lines, reworked air inlets and fog lights with lowered lips. There are also side skirts and rear bumper lip which is not on the standard Prevé.

The interior panel match the tan leather upholstery

Built-in monitor for rear passengers.
The interior is more attractive with panels treated to a colour to match the tan leather upholstery on the slightly redesigned seats. There are also in-built monitor screen at the back of the front seats for the rear passengers.

18 inch alloy wheels inspired by R3 designs.
The Sapphire is equipped with an 18 inch 5 twin-spoke alloy wheels, that looked like it was inspired by the R3 division, wrapped in 225/40 series Yokohama S-Drive tyres. Behind the wheels are some up-rated braking system that looks like either a two or three pot callipers with slotted disc.
Apart from what can be seen from the outside, little is known about the engine upgrade for the Sapphire.

0

Hyundai Sante Fe: Gayaan Storm Edge

PAPAN pemuka yang moden dan sarat dengan butang kawalan audio serta pendingin hawa.


HYUNDAI Motor Company, pembuat kereta terbesar Korea Selatan, baru-baru ini telah membuat pelancaran perdana model terbaharu mereka, Santa Fe di New York, Amerika Syarikat (AS).
Model terbaharu yang diposisikan dalam segmen D SUV itu menerima penggayaan baharu luar dan dalam. Ia turut dilengkapi dengan ciri-ciri dan teknologi baharu, selain enjin yang telah ditala semula agar lebih menjimatkan.
Hyundai masih mengekalkan nama Santa Fe bagi memastikan kesinambungan produk untuk generasi ketiga SUV mereka. Hyundai dengan jayanya mencatat jualan kumulatif global Santa Fe sebanyak 2.56 juta unit. Lebih 350,000 unit di Eropah sejak debut pertamanya pada tahun 2000.
Hyundai menjangkakan model terbaharu itu akan terus mengukuhkan cengkaman mereka di pasaran SUV. Ia juga bercita-cita untuk meraih lebih lima peratus segmen pasaran itu di Eropah pada tahun pertama penjualan iaitu pada tahun 2013.
Dinamik pergerakan alam
Dipengaruhi oleh bahasa rekabentuk Hyundai yang terkenal iaitu Fluidic Sculpture, generasi ketiga Santa Fe mempunyai konsep rekabentuk tersendiri, Storm Edge. Konsep tersebut mengambil gambaran dinamik dan kekuatan pergerakan alam semasa proses pembentukan ribut.
Dengan garisan-garisan yang diperhalusi dan sofistikated, ciri-ciri tersebut kemudiannya diharmonikan ke atas permukaan yang jelas dan beralun. Hasil akhirnya, Santa Fe baharu nampak lebih maskulin, agresif dan berkarakter berbanding model terdahulu.
Gayaan Storm Edge yang dibawa Hyundai nampak lebih matang berbanding tema Fluidic Sculpture seperti yang terdapat pada model Sonata dan Tucson. Biarpun kedua-dua model itu mendapat pujian ramai dan sambutan global yang hangat, namun tema tersebut nampak ‘sibuk’ pada permukaan badan kereta.
Ia seperti subjek lukisan pada zaman sekolah rendah dahulu. Jika kertas lukisan penuh dengan objek dan warna, maka tinggilah markah yang diberi. Sedangkan seni tidak semestinya perlu kalut dan sibuk begitu. Ada seni yang cantik dengan konsep minimalis, matang atau tersirat.
SANTA FE mendapat maklum balas memberangsangkan daripada pengguna di Eropah.

Melalui konsep Storm Edge, perekanya berjaya menampakkan Santa Fe baharu lebih matang, tenang dan tidak dimakan waktu.
Bagi pasaran Eropah, Hyundai bakal menawarkan tiga varian enjin termasuklah enjin baharu 2.0 liter R VGT diesel yang katanya sangat efisien. Enjin yang mematuhi piawaian Euro 6 itu berkuasa 150PS dan hanya mengeluarkan 155g/km CO2. Enjin 2.2 liter diesel pula telah ditala untuk lebih efisien yang menjadikannya antara enjin paling bersih dalam segmennya dengan emisi CO2 cuma 145g/km.
Demi memastikan Santa Fe baharu kena dengan citarasa pemandu Eropah, banyak kerja pembangunan dilakukan untuk model benua tersebut. Antaranya termasuklah modifikasi pada stereng, suspensi dan brek. Tidak ketinggalan, talaan untuk pemanduan pada kelajuan tinggi dan keupayaan menunda.
“Santa Fe sebelum ini berjaya mencatat jualan yang bagus dari tahun ke tahun di Eropah hasil daripada kombinasi kualiti, praktikaliti dan nilai. Kali ini, Santa Fe baharu mengekalkan ciri-ciri utama tersebut kepada pelanggan, di samping pelbagai ciri baharu.
“Dengan rekaan luaran segar, enjin efisien, lebih selesa dan berkualiti, Santa Fe baharu merupakan satu tarikan berdasarkan kejayaan model sebelumnya dan dilebarkan lagi oleh keterampilan emosinya,” jelas Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Operasi Hyundai Motor Europe, Allan Rushforth.
Hyundai menyasarkan Santa Fe untuk menarik pelanggan-pelanggan baharu daripada demografik yang lebih besar temasuklah pemilik SUV jenama premium. Cita-cita Hyundai itu bukan bahan gelak ketawa memandangkan mereka sudah berjaya membuktikannya.
Sumber: Kosmo